Ahad, 1 September 2013

Hai! lama tak jumpa.

"Orang berjaya ialah mereka yang memberi dengan ikhlas dan menerima dengan bersyukur. Lihat berapa kali kita mengucapkan terima kasih kepada orang di sekeliling kita. berapa kali kita mengucapkan penghargaan dibandingkan dengan kritikan? Lihatlah kebaikan daripada melihat kesalahan. Sifat kita selalunya jika betul 95% salah 5% peratus, kesalahan yang akan sentiasa disebut-sebut dan penghargaan tidak disebut. Mereka yang yakin diri, punya harga diri tinggi suka menghargai sebaliknya mereka yang kurang yakin diri dan kurang harga diri payah menghargai. Mari sama-sama audit diri kita."

Profesor Muhaya , Jurnal Inspirasi Diri

Selasa, 28 Mei 2013

Mutiara 29/5

" Imaginasi dan mental movie ialah kuasa minda kurniaan Allah yang paling besar kepada manusia. Ramai manusia gunakan untuk benda negatif dan menakutkan mereka. Jika ubah cara penggunaan maka hidup akan berubah. Imaginasi positif menghasilkan hormon positif, badan akan selalu sihat dan jiwa tenang. Sebab itu perkataan takut, risau, kalau tak jadi menunjukkan imaginasi negatif. Lihat kehidupan dan kesihatan orang yang banyak takut dan risau berbanding dengan mereka yang ceria dan positif "

:) Ubah diri, ubah segala-galanya ....

Nikmat Allah di Celah Ujian

Pada pertengahan 1997, Hafizudden Mohd Napiah menghidapi sejenis penyakit yang menyerang bahagian otak. Ahli keluarga membawa dia dari sebuah pusat rawatan yang lain dalam usaha untuk mengesan dan mengubati penyakit yang Allah ujikan ke atasnya.

Ketika itu dia bertugas di Pertubuhan Peladang Negeri Perlis dan menetap bersama ibu bapanya di Kampung Guar Syed Alwi, Kangar. Ketika mula menderita sakit, dua minggu lamanya dia mengalami sakit kepala yang kronik. Saban hari dia menahan sakit dari jam 11 pagi hingga enam petang.

'Hari-hari sakit kepala pada waktu yang sama, pasal apa?' Soalan ketua pejabat tempat dia bekerja ini tidak mampu dijawabnya. Dia sendiri tidak tahu penyakit apa yang menyerangnya.

Oleh kerana terlalu sangat sakit kepala, dia terpaksa kerap ambil cuti. Isterinya Syahlina yang sedang mengandung kali kedua, bimbang melihat keadaannya tetapi tadak boleh berbuat apa-apa. Waktu sakit kepala itu menyerang, picitan tidak menghilangkan rasa sakitnya.

Kira-kira dua minggu kemudian, Hafizudden koma ketika sedang duduk menontonj berita di rumah. Waktu itu dia sedang meriba anak sulongnya yang berusia setahun lebih, apabila kepalanya berasa ringan bagaikan melayang. Selepas sempat menyerahkan anak kecilnya ke tangan ayahnya yang duduk berhampiran, dia memanggil-manggil ibunya, tetapi pandangannya terus gelap dan dia terbaring di lantai ruang tamu.

Malam itu keluarganya mengejarkan Hafizudden ke Hospital Kangar dalam keadaan dia koma. Mulutnya mengeluarkan cecair seakan-akan muntah ketika ayah, abang sulung dan adik bongsu membawanya ke hospital dengan kereta Kancil. Keadaannya sangat kritikal. Dua hari dia koma.

Sedar dari koma, sakit kepalanya bertambah serius. Kerap kali Hafizudden akan berguling-guling menahan sakit. Doktor di Hospital Kangar gagal mengesan penyakit Hafizudden disebabkan kekurangan peralatan dan kepakaran. Adik beradik tidak bersikap menunggu  sebalinya terus berikhtiar membawanya ke sebuah klinik swasta.

Selepas proses imbasan masih gagal mengesan sebarang penyakit, ikhtiar lain pula dicuba. Mereka membawanya ke sebuah klinik pakar di Pulau Pinang. Selepas sekali lagi menjalani proses imbasan, barula penyakitnya dapat dikesan. Doktor mengesahkan Hafizudden menghidap arteriovenous malformation (AVM) iaitu pendarahan otak yang berpunca daripada satu kelainan saluran darah di otak.

Atas nasihat pakar itu, keluarganya merujuk kes Hafizudden ke Jabtan Neurosurgeri di Hospital Ipoh di mana dia menjalani rawatan dengan prosedur 'burrhole'. Tetapi rawatan ini tidak memadai untuk menyembuhkan penyakitnya. Pakar Perunding dan Ketua Jabatan Neurosurgeri hospital berkenaan, Dr. Mohd Saffari Mohd Haspani menyarankan Hafizudden menjalani rawatan radiosurgeri. Jika lambat, dia mungkin mengalami pendaharahan otak dan mendapat sawan.

"Kaedah rawatan ini masih baru, tetapi efektif dan berisiko rendah" beritahu Dr. Saffari. Doktor yang prihatin ini bersedia membantu menguruskan dan mengambil bahagian dalam rawatan itu kelak.

Hafizudden hanya pasrah. Pergantungan hatinya cuma dengan tuhan di sampingh mengharapkan doa daripada ibu ayah dan isteri tercinta. Apa yang tidak diketahuinya ketika itu ialah bagaimana ibu bapa dan adik beradik-beradiknya bertungkus lumus mengumpul wang sebanyak RM22,000. Itulah anggaran kos rawatan radiosurgeri untuknya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur.

Demi melihat Hafizudden kembali sihat, adik-beradiknya bersatu hati. Hingga akhirnya Allah izinkan biaya sebanyak itu disediakan. Bagaimanapun, pada saat akhir, RM6,000 lagi diperlukan untuk mencukupkan RM28,000. Sekali lagi kesatuan hati antara adik -beradik berjaya menyelesaikan masalah apabila seorang abang menambah sumbangan. Semua ini di luar pengetahuan Hafizudden.

Di pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur, Hafizudden dipantau sehari suntuk dari sembilan pagi hingga enam petang. Dr. Saffari sendiri mengambil bahagian penting dalam prosedur rawatan stereostatik radiosurgeri atau 'pisau X' itu. Rawatn ini hanya mengambil masa 30 minit.

Alhamdulillah, Hafizudden selamat menjalani rawatan itu. Benih Penyakit di otaknya berjaya di buang. Keadaannya pulih seperti sediakala. Tiada langsung kesan-kesan penyakit seperti sebelumnya. Malah esoknya dia sudah dibenarkan pulang.

Selain melihat kasih sayang Allah di sebalik ujian penderitaan yang dialaminya, peristiwa itu juga menyedarkan Hafizudden pada kasih sayang keluarga dan adik-beradik. Mereka sanggup bersusah payah untuk melihat dia kembali sihat. Kalau sebelumnya dia kadang-kadang berasa agak tersisih daripada keluarga dan rasa kurang diberikan perhatian, kini dia sedar betapa mereka sangat mengambil berat akan dirinya. Dia berasa lebih dekat dengan keluarga dan sangat berterima kasih dengan pengorbanan mereka.

Selang beberapa hari selepas dia pulang ke pangkuan keluarga, isterinya selamat melahirkan bayi kembar dua yang comel; seoarang lelaki, seorang lagi perempuan. Masya-Allah ... ada nikmat besar di celah ujian. :)